USAHAWAN PERKHIDMATAN DAN AGEN JUALAN PRODUK MUSLIM.
Nama | Mohd Mahyuddin Bin Ghazal @ Razali |
Umur | 69 Tahun |
Ahli | 12.08.2015 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang pesara kerajaan dan beliau mempunyai asas Microsoft office namu beliau hanya kekurangan ilmu di dalam laman media social dan penyuntingan imej. Walaupun seorang pesara beliau masih terlibat aktif dalam bidang perniagaan seperti menguruskan Badal Haji, menjual produk-produk muslim seperti Bihun Jenama Al-Taqwa. Tujuan beliau adalah untuk membantu peniaga sesama agama serta meluaskan pasaran produk muslim. Beliau belajar menggunakan platform media social kerana beliau tahu pasaran efektif adalah secara atas talian bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan yang beliau usahakan. Selain itu beliau juga merupakan seorang imam masjid Tempoyang beliau belajar menyunting iklan untuk menghasilkan iklan ceramah sebagai hebahan kepada orang ramai.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
-
Beliau mempunyai asas dalam bidang teknologi maklumat. Beliau juga penggunaan media social, penyuntingan imej dan flyer. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
Melalui kelas latihan ms office dan pembinaan laman soial yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah membuat sudah menguasai Microsoft office dan penggunaan lama social sebagai agen promosikan produk dan perkhidmatan dijalankan. Selepas belajar di pim beliau banyak mempelajari mengenai teknik pasaran atas talian dan teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik serta dapat meningkatkan jualan produk. Pendapatan sebulan RM 2000 ke atas.