mcmc
Keselamatan

TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS

52800524 10155894338081237 4824409684104445952 n

Ramai yang pastinya merasai bahang cuaca panas yang melanda negara ketika

ini terutamanya di utara semenanjung tanah air. Walaupun ini fenomena biasa

saban tahun, namun jika anda tidak mengambil langkah berwaspada, cuaca

panas ini boleh menjejaskan kesihatan anda sekaligus mengganggu aktiviti seharian.

 

Terdapat 7 langkah mudah yang boleh diikuti untuk memastikan tubuh anda

kekal sihat dan tidak jatuh sakit walaupun berada dalam keadaan cuaca panas

melampau. 

 

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini disebabkan gelombang haba dan ia

fenomena biasa yang berlaku apabila tiba penghujung Monsun Timur Laut.

 

Cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau Mei.

 

10 tempat dalam keadaan berjaga-jaga atau kategori tahap satu kerana catat

suhu antara 35 hingga cecah maksimum 37’C selama 3 hari berturut-turut.

 

Walaupun fenomena biasa, kita perlu ambil langkah-langkah pencegahan kerana

pendedahan melampau kepada cuaca panas boleh menjejaskan kesihatan

termasuk serangan Strok Haba.

 

Antara langkah-langkahnya ialah :

 

1) Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal

2) Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar

3) Kurangkan minum minuman berkafein alkohol dan bergula

4) Guna kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan

5) Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar

6) Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa

7) Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan