
Lokasi
Kompartment 1, Hutan Simpan Terenggun meliputi kawasan seluas 23.04 hektar di daerah Lipis. Terletak di km 9, Jalan Kuala Lipis – Gua Musang.
Tarikan
Hutan Hujan Khatulistiwa, tasik-tasik peninggalan aktiviti lombong emas, petak-petak contoh dan petak fenologi, Hutan Simpan Dara (VJR)
Kemudahan


Aktiviti yang boleh dijalankan disini seperti berkayak, bersiar-siar dan khemah. Selain daripada itu aktiviti riadah di atas laluan pelantar yang diperbuat daripada kayu disediakan untuk pengunjung berjoging. Terdapat banyak petak-petak contoh, fenologi dan petak JKR yang sesuai untuk tujuan pendidikan dan kajian. Terdapat 3 buah kolah tinggalan yang merangkumi kawasan seluas 6.24 hektar.