mcmc
Uncategorized

SELAMAT DATANG KE PORTAL NADI KG TEMPOYANG

NADI KG TEMPOYANG yang beralamat Bangunan Balai Seni Kg Tempoyang,Kuala Lipis merupakan salah satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Kluster Lipis yang telah beroperasi sejak 29 Julai 2015 sehingga sekarang Disember 2024 dibawah Fasa 1 penubuhannya. NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).

OBJEKTIF PENUBUHAN NADI antaranya ialah menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan,memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap teknologi komputer dan internet,meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Selain itu, dengan adanya NADI,jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dirapatkan selaras dengan matlamat kerajaan dan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)

JUMLAH AHLI TERKUMPUL 2024 NADI KG TEMPOYANG

JANUARI – MAC55
APRIL – JUN  13
JULAI – SEPTEMBER 80
OKTOBER – DISEMBER2163
JUMLAH 20242311