SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL KG TEMPOYANG,KUALA LIPIS,PAHANG
Pusat Internet merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS).
Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi,antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama MSD Digital Intelligent Sdn Bhd dengan menfokuskan
emberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar. PEDi KG TEMPOYANG mula beroperasi pada 29 Julai 2015 sehingga sekarang tahun 2023 dibawah Fasa 1. PEDi merupakan
penjenamaan semula daripada pusat internet komuniti yang sedia ada bermula pada Januari 2022,berfokus kepada memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan dan membantu
ekonomi rakyat.
- OBJEKTIF PENUBUHAN
- Menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi KG TEMPOYANG
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA)
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Pengenalan asas komputer
Asas internet
Aplikasi elektronik (e-kerajaan/e-pembelajaran/e-dagang)
Desktop publishing (Microsoft Office)
Latihan usahawan
Cetakan/Fotokopi/Laminate/Pengimbas
JUMLAH KEAHLIAN TERKINI
| AHLI LAMA | 2934 |
| AHLI BARU (OGOS 2023) | 16 |
| JUMLAH KESULURUHAN | 2950 |