mcmc
Sejarah

Sejarah Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim

gambar sejarah skwi

 

Pada tahun 1939, Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim dikenali sebagai Sekolah Laki-Laki Kuala Lipis. Sekolah ini didirikan di pinggir bukit yang mana ketika itu, bangunannya hanya bangunan kayu sahaja. Pada masa yang sama, telah wujud sebuah sekolah di Batu Kurap (Jeram Batu) yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Perempuan Batu Kurap, Kuala Lipis.

 

Pada tahun 1960, Ahli Mesyuarat Jemaah Pengurus telah bersetuju menukar nama Sekolah Laki-Laki Kuala Lipis  kepada Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim mengambil sempena nama Datuk Penghulu Bandar Lipis iaitu Datuk Wan Ibrahim bin Wan Tanjung. Beliau juga dikenali sebagai Datuk Orang Kaya Indra Maharaja Perba Jelai.

 

Disebabkan pada ketika itu hanya murid lelaki sahaja yang belajar di situ, maka Ahli Jemaah Pengurus telah mengambil keputusan untuk menutup Sekolah Melayu Perempuan Batu Kurap. Semua muridnya dipindah ke Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim pada tahun 1966. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim terus berkembang dari segi pertambahan enrolmen murid-murid dan pembangunan fizikal sekolah. Bangunan kayunya secara beransur-ansur ditukar kepada bangunan batu bata. Pada tahun 2006 satu bangunan 4 tingkat berbentuk L telah dibina di padang sekolah ini bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah.

Berbagai kejayaan telah dicapai sepanjang kewujudan sekolah ini. Antara kejayaan-kejayaan tersebut ialah :
1. Johan Peringkat Kebangsaan Bilik PPDa pada tahun 2007. 
2. Johan pertandingan ‘Kitchen Garden’ Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2008.
3. Johan Bintang Perpuspa (PSS) Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2010.
4. Pasukan robotik sekolah ini telah menyertai World Robot Olympiad yang diadakan di Manila City, Philippines di mana sekolah ini berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan dan Bakat Kreatif. 
5. Pada tahun 2014 dianugerahi ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan’ atas beberapa kriteria yang berjaya dipenuhinya.

 

SK Wan Ibrahim Profil