
Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama.Ia juga boleh dikatakan menjadi penempatan terawal di Pahang. Kedudukannya juga amat strategik iaitu dipertemuan dua sungai iaitu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan menganjur di deretan tebing sungai. Kuala Lipis Boleh dihubungkan dengan Jalan Persekutuan dan juga jalan kereta api.
|
TAHUN |
SEJARAH |
|
1470M |
Sejarah Awal Sebelum 1800 Masihi |
|
1699M |
Diperintah oleh Raja-raja Pahang berketurunan Raja Melaka dan Johor Riau. Orang Minangkabau yang berhijrah ke kawasan tebing sungai sekitar Hulu Pahang telah mempengaruhi sistem politik dan budaya. Kewujudan emas antara faktor utama penghijrahan orang Minang ke Hulu Pahang. Mereka dikatakan menghulu Sungai Muar dan mudek ke Sungai Pahang. |