PERTANDINGAN MASAKAN MENU SIHAT BERTEMAKAN MAKAN TENGAHARI.
Sempena Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Bersama PI KG TEMPOYANG, salah satu aktiviti yang dianjurkan adalah Pertandingan Masakan Menu Sihat bertemakan makan tengahari telah disertai oleh golongan wanita.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada penduduk setempat bahawa makanan yang di masak membawa kesan positif kepada masakan harian. Selain itu, untuk mengeratkan lagi hubungan komuniti dengan petugas pusat internet serta menggalakkan mereka untuk terus menggunakan perkhidmatan yang di sediakan di pusat internet ini.

