Pembukaan Semula Pasar Malam dan Pekan sehari Kuala Lipis Dalam Tempoh PKPP di Dataran Orang Kaya Pada 26 Jun 2020.
Pekan Sehari Kuala Lipis menjadi daya tarikan pelacongan luar dan tempatan kerana menjual pelbagai barangan keperluan harian
seperti makanan, minuman, pakaian dan barangan keperluan yang lain. Terdapat pelbagai menu makanan tradisional turut dijual.
Pasar Malam hanya beroperasi pada hari Jumaat bermula pada 4.30 petang sehingga 12.00 tengahmalam.Bagi mematuhi arahan
tempoh PKPP setiap pengunjung yang hadir perlu membuat pemeriksaan suhu badan dan mencatat nama, alamat dan nombor telefon.
