mcmc
Maklumat PI

PEDi KG TEMPOYANG

SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KG TEMPOYANG

PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) Kg Tempoyang mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Mula beroperasi pada 29 Julai 2015.

PEDi merupakan penjenamaan semula daripada pusat internet komuniti yang sedia ada bermula pada Januari 2022,akan fokus pada memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan dan membantu ekonomi rakyat.

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • -Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • -Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • -Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi. 
  • -Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • -Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

PEDi Kg Tempoyang menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 

  • -Pengenalan asas komputer
  • -Asas internet
  • -Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • -Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • -Latihan keusahawanan
JUMLAH KEAHLIAN :
 
PEDi Kg Tempoyang telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2015.
Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Kg Tempoyang bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia.
Jumlah ahli terkumpul dari awal pembukaan sehingga kini adalah :
 
PIC