mcmc
Sejarah

MUZIUM WARISAN LIPIS

Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis terletak di Bukit Bius, Kuala LipisPahang. Ia merupakan rumah kelahiran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Asalnya bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang.

Beberapa galeri disediakan seperti sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis.

Rumah banglo dua tingkat ini dibina pada 1920-an. Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi SUK Pahang pernah mendiami rumah ini. Ia juga merupakan tempat kelahiran anaknya Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdu Razak.

Bangunan itu adalah salah sebuah daripada 14 bangunan yang telah diwartakan MDL sebagai Bangunan Warisan.konservasi rumah berkenaan bermula 13 Nov 2007 dan siap pada 12 Mei 2008.