mcmc
Maklumat PI

Maklumat Pi1M

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) Kg Tempoyang mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Mula beroperasi pada 29 Julai 2015.

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Segajat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 Penubuhan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan agar setaraf dengan masyarakat di bandar.

Warga komuniti kini boleh menjalankan pelbagai urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya perlu mengunjungi PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M) dan menggunakan kemudahan jalur lebar yang telah disediakan.

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) diwujudkan di Kg Tempoyang ini bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada masyarakat setempat. Disamping meningkatkan sosial ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.