mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 – Norhayati Binti Abu Bakar

MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN MENJUAL PRODUK AMWAY ROTI DAN KEK SERTA MENJUAL RESEPI PELBAGAI JENIS ROTI , KEK DAN NASI ARAB. 

Nama     Norhayati Binti Abu Bakar
Umur 36 Tahun
Ahli 07.08.2020

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang masak. Beliau merupakan seorang guru masakan dengan mengadakan pelbagai kelas membuat roti dan kek. Beliau juga merupakan agen Produk Amway di mana cara mempromosikan produk dengan menggunakan kemahirannya sebagai guru masakan dengan menjual resepi roti dan kek dengan menggunakan produk Amway seperti Periuk Nova dan Oven pembuat roti. Beliau menghadiri kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg.Tempoyang dengan mempelajari asas kemahiran ict dan media social sebagai agen mempromosikan produk beliau. Beliau juga turut menjual pelbagai produk di laman shoppe seperti Cream Super, Kuih Bulan dan Rempah Nasi Arab.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi

  • Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 2000  ke atas sahaja sebulan

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi

Melalui kelas latihan usahawan iaitu modul meningkatkan jualan menggunakan Facebook, Instagram, Whattapss dan Shoppe yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah menguasai pasaran secara atas talian dan mengunakan platform media social sebagai agen promosikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Beliau juga mempelajari teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik dengan kos yang paling minimum serta tidak langsung dapat meningkatkan jualan produk. Beliau turut mempelajari teknik menyunting image dan penghasilan video. Beliau juga menggunakan platform shoppe untuk berniaga kerana semasa isu covid 19 hanya perniagaan atas talian boleh dilaksanakan  dan perubahan corak membeli masyarakat secara atas talian memandangkan laman web shoppe lebih selamat kepada penjual dan pembeli. Pendapatan sebulan RM 4000 ke atas.