MENJALANKAN PERNIAGAAN BERASASKAN DENGAN MENJUAL BARANGAN KEMAS DAN JENAMA TUPPERWARE.
Nama | Zatil Hani Binti Mohd Sam |
Umur | 35 Tahun |
Ahli | 06.08.2020 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang bekerja namun mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, Beliau menjual barang perhiasan iaitu barangan kemas dan barangan Tupperware. Beliau telah menjalankan perniagaan menjual emas hampir sepuluh tahun. Beliau menggunakan laman social facebook dan aplikasi whattapps sebagai agen pemasaran. Beliau belajar berniaga di Shoppe dan bengkel teknik fotografi bagi menghasilkan gambar yang menarik. Kerana laman shoope adalah laman web selamat bagi peniaga dan juga penjual. Beliau menggunakan konsep ansuran atau sistem kutu penjualan barangan kemas. Ini kerana permintaan yang tinggi terutamanya golongan wanita. Beliau menjual emas tanpa upah di mana harganya lebih murah berbandingan harga yang dijual kedai-kedai emas. Barang kemas juga dijadikan sebagai asset atau simpanan pada masa kini. Selain pelaburan bentuk kewangan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
-
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 5000 ke atas sahaja sebulan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
Selepas belajar di PI beliau banyak mempelajari mengenai teknik pasaran atas talian dan teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik serta dapat meningkatkan jualan produk. Pendapatan sebulan RM 10,000 ke atas.