MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN MENJUAL PRODUK KESIHATAN
Nama | Muhammad ilyas Bin Shafii |
Umur | 32 Tahun |
Ahli | 23.12.2017 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang graduan lepasan university tempatan. Beliau mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang perniagaan. Beliau menjadi agen pelbagai produk kesihatan dan menjalankan perniagaan dengan mengikut permintaan tinggi di pasaran atau produk yang viral. Ini kerana produk viral mudah untuk dipasar atau terjual kerana mempunyai pengikutnya tersendiri. Beliau menjual magnet menguji emas, Body Cream, Perfume Women Desire Triple Advanced, Memo Plus Gold, Produk Al-Manna Gum Arabic Dan Produk Kapsul Tulang Angsa. Beliau menggunakan platform facebook, Instagram dan shoppe sebagai kedai atas talian.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
-
Beliau mempunyai asas dalam bidang teknologi maklumat. Beliau mempelajari media sosial, penyuntingan imej dan flyer. Beliau meluaskan pasaran atas talian dengan menjual produk di laman shoppe. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sahaja sebulan sebelum kelas asas ict di pusat internet.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
Melalui kelas latihan usahawan iaitu modul meningkatkan jualan menggunakan Facebook, Instagram, Whattapss dan Shoppe yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah menguasai pasaran secara atas talian dan mengunakan platform media social sebagai agen promosikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Beliau juga mempelajari teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik dengan kos yang paling minimum serta tidak langsung dapat meningkatkan jualan produk. Beliau turut mempelajari teknik menyunting image dan penghasilan video. Beliau juga menggunakan platform shoppe untuk berniaga kerana semasa isu covid 19 hanya perniagaan atas talian boleh dilaksanakan dan perubahan corak membeli masyarakat secara atas talian memandangkan laman web shoppe lebih selamat kepada penjual dan pembeli. Pendapatan sebulan RM 1000 ke atas.