mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1

MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN MENJUAL PRODUK KESIHATAN, DOBI DAN AGEN PIZZA ANAK DOL.

Nama      Afzzal Ummie Binti Mohd Sukri
Umur  34 Tahun
Ahli  17.04.2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang pengusaha perniagaan dobi. Namun beliau tidak hanya fokus kepada satu perniagaan sahaja kerana wujudnya persaingan di dalam bidang tersebut. Beliau juga merupakan agen kepada produk kecantikan dan kesihatan memandangkan perniagaan ini mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya di kalangan wanita. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perniagaan dobi tidak dapat dijalankan, beliau memberi penumpuan kepada perniagaan produk kecantikan dan kesihatan kerana hanya perniagaan atas talian sahaja yang dapat dijalankan disebabkan oleh penularan wabak covid 19 yang melanda negara kita. Wujudnya norma baru iaitu budaya pembelian atas talian di kalangan masyarakat kita. Semasa bulan Ramadhan beliau menjual makanan dengan menjadi agen kepada Pizza Anak Dol dengan membuat tempahan pizza dan mengadakan perkihdmatan penghantaran terus ke rumah. Perkhidmatan COD ini dibantu oleh suami beliau. Permintaan yang tinggi disebabkan oleh musim PKPB menjadi salah satu punca rezeki buat beliau dan suami. Beliau menggunakan laman social dan whattapps sebagai agen mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Jualan pizza pada bulan Ramadhan melebihi RM 20,000 dan beliau masih menjalankan perniagaan COD tersebut kerana wujudnya permintaan yang tinggi  oleh pelanggan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi

  • Beliau mempunyai asas dalam bidang teknologi maklumat. Beliau juga penggunaan media sosial, penyuntingan imej dan flyer. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar  

    RM 3000 – RM5000 sahaja sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi

Melalui kelas latihan usahawan iaitu modul meningkatkan jualan menggunakan Facebook, Instagram, Whattapss dan Shoppe yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah menguasai pasaran secara atas talian dan mengunakan platform media social sebagai agen promosikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Beliau juga mempelajari teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik dengan kos yang paling minimum serta dapat meningkatkan jualan produk. Beliau turut mempelajari teknik menyunting image dan penghasilan video. Pendapatan sebulan RM 5000 ke atas.

bedara pizza tomato

dobi

Alamat :

No 150 Bangunan Kedai Taman Cahaya,

27200 Kuala Lipis,

Pahang Darul Makmur.