MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN MENJUAL PRODUK MAKANAN SEPERTI ODEN, AYAM GUNTING ABS DAN MANISAN ARAB IAITU GOLDEN KANAPEH.
Nama | Noorul Husna Binti Burhannudin |
Umur | 37 Tahun |
Ahli | 19.11.2020 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang graduan lepasan university tempatan. Beliau mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang perniagaan. Beliau pada mula menjadi agen produk kesihatan Sutra Wellness, namun sukar mendapat pasaran di sekitar Kuala Lipis, Beliau menjual produk makanan setelah tamat tempoh perkhidmatan dengan agensi kerajaan. Sepanjang tempoh PKP berjalan permintaan terhadap ayam guntung meningkat dan belian telah melatih beberapa agen di bawahnya. Beliau turut menjual produk makanan lain seperti Rempah Oden dan manisan arab.Rata-rata produk dijual oleh beliau mendapat sambutan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
-
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sahaja sebulan sebelum kelas asas ict di pusat internet.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
Melalui kelas latihan usahawan iaitu modul meningkatkan jualan menggunakan Facebook, Instagram dan Whattapss yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah menguasai pasaran secara atas talian dan mengunakan platform media social sebagai agen promosikan produk yang dijualnya. Beliau juga mempelajari teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik dengan kos yang paling minimum serta tidak langsung dapat meningkatkan jualan produk. Beliau turut mempelajari teknik menyunting image dan penghasilan video. Beliau juga menggunakan platform facebook dan instagram untuk berniaga kerana semasa isu covid 19 hanya perniagaan atas talian boleh dilaksanakan dan perubahan corak membeli masyarakat secara atas talian memandangkan laman web shoppe lebih selamat kepada penjual dan pembeli. Pendapatan sebulan RM 1500 ke atas.