MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN MENJUAL PRODUK KESIHATAN IAITU COKLAT KUYUSS.
Nama | Nik Mohd Ramly Bin Nik Wil |
Umur | 38 Tahun |
Ahli | 05.05.2017 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang pekerja swasta iaitu merupakan seorang Penolong Pengurus Amanah Ikhtiar Cawangan Lipis. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau telah menceburi pelbagai jenis perniagaan sebelum menjual pelbagai jenis produk. Pada mulanya beliau hanya menjadi dropship kemudian beliau naik taraf kepada level agen dan kini mini stokis Lipis..
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
-
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 3000 ke atas sahaja sebulan
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
Melalui kelas latihan usahawan iaitu modul meningkatkan jualan menggunakan Facebook, Instagram, Whattapss dan Shoppe yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah menguasai pasaran secara atas talian dan mengunakan platform media social sebagai agen promosikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Beliau juga mempelajari teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik dengan kos yang paling minimum serta tidak langsung dapat meningkatkan jualan produk. Beliau turut mempelajari teknik menyunting image dan penghasilan video. Beliau juga menggunakan platform shoppe untuk berniaga kerana semasa isu covid 19 hanya perniagaan atas talian boleh dilaksanakan dan perubahan corak membeli masyarakat secara atas talian memandangkan laman web shoppe lebih selamat kepada penjual dan pembeli. Pendapatan sebulan RM 7000 ke atas.