mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Puan Nor Fadilah Binti Abdul Kadir

Menjalankan perniagaan menjual jeruk manga, kek,roti, produk kecantikan dan gerai makanan.

 

Nama : Nor Fadilah Binti Abdul Kadir

Umur : 40Tahun

Ahli   : 21.08.2016

 

LATAR BELAKANG

Puan Nor Fadilah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan mendapat sokongan daripada suami dan keluarga dalam membesarkan perniagaan. Beliau memilih menjalankan perniagaan menjual jeruk mangga, produk kecantikkan (E.K.W) dan membuka gerai makanan.Lokasi gerai makanan yang strategik iaitu berhadapan dengan sekolah rendah memberi kelebihan kepada beliau di dalam bidang perniagaan. Beliau menggunakan media sosial sebagai agen mempromosikan produk beliau serta menawarkan perkhidmatan penghantaran produk menggunakan perkhidmatan pos laju untuk memastikan produk sampai dalam tempoh yang singkat serta berada dalam keadaan yang baik. Beliau juga bijak memilih produk untuk dijual dimana dengan mengkaji produk yang menjadi pemintaan yang tinggi di kalangan masyarakat setempat. Produk viral pastinya akan menjadi pilihan pelanggan.walaupun tidak mempunyai produk sendiri beliau memilih untuk menjual produk orang lain dengan menggunakan konsep agen. Dimana komisyen ditawarkan juga sangat lumayan. Selain menggunakan media social seperti faceboook dan Instagram beliau juga menggunkan platform whattaps dalam mempromosikan perniagaan beliau. Beliau juga turut bergiat aktif di dalam aktiviti bersama komuniti, secara tidak langsung beliau amat dikenali dan memudahkan beliau untuk berniaga dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

  • Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM600 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

  • Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan mencipta page sendiri untuk mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 2000 ke atas. Beliau juga diajar teknik mengambil gambar produk lebih menarik melalui bengkel fotografi dan video yang dijalankan di Pim. Beliau menggunakan media sosial untuk mempromosikan produknya.