mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Norfazilah Binti Mohd Nawi

USAHAWAN MENTERNAK DAN MENJUAL IKAN KOLAM.

Nama      Norfazilah Binti Mohd Nawi
Umur  32 Tahun
Ahli  16.12.2017

 

Latar Belakang

Puan Norfazilah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau membantu suami dalam menguruskan perniagaan. Beliau merupakan seorang peternak dan perniaga menjual ikan kolam. Antara jenis ikan yang dijualnya iailah keli, ikan patin dan ikan tilapia. Beliau sudah mempunyai pasaran tersendiri di sekitar Bandar Kuala Lipis. Namun beliau hanya mempunyai asas kemahiran ict. Sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat kini peniaga yang mempunyai kemahiran ict dapat menguruskan sistem dokumentasi lebih teratur dan kemas. Beliau juga menggunakan platform media social bagi mempromosikan hasil ternakan beliau secara tidak langsung dapat meluaskan lagi pasaran luar daripada Daerah Lipis.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi

  • Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM5000 – RM8000 sahaja sebulan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan mencipta page sendiri untuk mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 10,000 ke atas. Beliau juga diajar teknik mengambil gambar produk lebih menarik melalui bengkel fotografi dan video yang dijalankan di Pim. Beliau menggunakan media sosial untuk mempromosikan produknya.

 

 ikan