USAHAWAN MENERIMA TEMPAHAN MAKANAN DAN MENJUAL DI ATAS TALIAN.
Nama | Norlailawati Binti Daud |
Umur | 36 Tahun |
Ahli | 21.08.2018 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang ibu tunggal. Beliau menjalankan perniagaan dengan menjual produk orang lain pada mulanya. Kemudian minat dalam bidang masakan membuatkan beliau mempelajari resepi kuih-muih dan roti yang viral. Hasilnya beliau menjual kuih-muih dan roti viral di sekitar Kuala Lipis. Produk terbaru beliau adalah tepung ayam goreng mamak yang dihasilkannya sendiri. Beliau menggunakan platform internet sebagai pasaran seperti Facebook, Instagram dan Shoppe. Beliau juga merupakan agen Coway yang aktif bagi mempromosikan produk-produk Coway beliau turut mengadakan kelas-kelas membuat roti di sekitar Kuala Lipis dan Raub. Beliau mempelajari asas penyuntingan imej dan kaedah pasaran secara atas talian bagi menghasilkan imej lebih cantik untuk tatapan pelanggan secara alam maya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
-
Beliau mempunyai asas dalam bidang teknologi maklumat. Beliau juga penggunaan media social, penyuntingan imej dan flyer. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pi
Melalui kelas latihan usahawan iaitu modul meningkatkan jualan menggunakan Facebook, Instagram, Whattapss dan Shoppe yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Tempoyang, beliau kini telah menguasai pasaran secara atas talian dan menngunakan platform media social sebagai agen promosikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan. Beliau juga mempelajari teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik dengan kos yang paling minimum serta dapat meningkatkan jualan produk. Beliau turut mempelajari teknik menyunting imag dan penghasilan video. Pendapatan sebulan RM 2000 ke atas.