mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – En. Zailani Bin Taib

Menjalankan dengan mengusahakan bahulu, kerepek, kek dan perkhidmatan e filling.

Nama : Zailani Bin Taib

Umur : 51Tahun

Ahli   : 06.03.2014

 

LATAR BELAKANG

Beliau pernah berkhidmat di sebuah bank swasta termuka hampir 10 tahun. Beliau telah menamatkan tempoh perkhidmatan perbankkan kerana berlaku kegawatan ekomoni pada tahun 1990 an. Beliau memilih untuk mengusahakan perniagaan bersama isteri beliau dengan duit pampasan yang diperolehinya. Beliau dan isteri memilih untuk menjalankan perusahaan bahulu, kek dan kerepek pisang serta menyediakan perkhidmatan hamper. Perniagaan yang telah diusahakan sudah melebihi 5 tahun. Beliau juga mempunyai sebuah kedai yang di sewa daripada Majlis Daerah Lipis sebagai tempat untuk memproses dan menjual produk yang beliau usahakan. Beliau sudah mempunyai asas komputer namun beliau berminat meningkatkan kemahiran mempromosikan produk secara atas talian dengan melihat perkembangan bidang perniagaan secara atas talian.  Belaiu menghadiri kelas promosi secara atas talian menggunakan media social di Pusata Internet Kg.Tempoyang serta teknik mengambil gambar produk menarik untuk dijadikan iklan. Beliau juga menyertai program Erezeki untuk mendapat pendapatan secara digital.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

  • Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

  • Selepas belajar di pim beliau banyak mempelajari mengenai teknik pasaran atas talian dan teknik-teknik mengambil produk dengan cara menarik serta dapat meningkatkan jualan produk. Pendapatan sebulan RM 3000 ke atas.