TAHUKAH ANDA?
Kenapa anda perlu kerap cuci tangan atau pakai hand sanitizer?
? Kerana kelazimannya kita kerap menyentuh mata, hidung Dan mulut tanpa sedar. Kuman daripada tangan yang tidak dibasuh dengan air dan sabun akan memindahkan kuman ke saluran pernafasan melalui mata, hidung dan mulut.
? Cara jangkitan COVID-19 adalah melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin.
? Titisan ini akan melekat pada objek dan permukaan di sekeliling.
? Orang lain yang menyentuh objek dan permukaan ini mempunyai risiko mendapat jangkitan apabila beliau menyentuh mata, hidung atau mulutnya.
JANGAN MENJANGKITI & JANGAN DIJANGKITI.
Kita jaga kita. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga komuniti kita.
Sentiasa amalkan norma baharu dalam kehidupan dengan pakai pelitup muka (facemask), patuhi penjarakan fizikal yang selamat iaitu 1 meter antara individu, kerap disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau guna ‘hand sanitizer’, duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar serta segera dapatkan rawatan jika bergejala.
PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19
Sumber: JKN Pahang

