
Berikut kami kongsikan info SOP Kenduri untuk panduan anda yang bakal menganjurkan majlis atau menghadirinya, seperti yang dinyatakan dalam sidang media DS Ismail Sabri pada 2 Mac 2021.
- Majlis rasmi, tidak rasmi kerajaan, majlis sosial kawasan PKPB dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan berkapasiti 50% premis
- Kawasan PKPP dibenarkan dengan penjarakan sosial mengikut keluasan premis.
Bagi Negeri Selangor, SOP akad nikah kini dibenarkan pelaksanaannya secara bersemuka mulai 8 Mac 2021. Rujuk SOP Akad Nikah Di Selangor Dalam Tempoh PKPB & Had Kehadiran
Maklumat dan SOP kenduri / majlis yang lebih terperinci bagi kesemua negeri yang terlibat boleh dirujuk dalam senarai penuh SOP yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat ini.