mcmc
Kesihatan

INFLUENZA

 Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

⚠️Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi.Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah

dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana:

▪️ Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift)
▪️ Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun
▪️ Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim.

✅Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

320886732 1568861063519496 692275884689268569 n