Inovasi menggunakan nyamuk Aedes berWolbachia terbukti dapat mengurangkan peningkatan kes demam denggi di sesuatu lokaliti.
Bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes untuk merencatkan pertumbuhan virus denggi dalam nyamuk tersebut yang seterusnya akan menghalang penyebaran virus denggi.
Kaedah penggunaan nyamuk Aedes berWolbachia untuk mengawal denggi telah terbukti selamat selain menunjukkan hasil yang positif.
Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap pembiakan nyamuk Aedes berWolbachia dan menyokong usaha murni kerajaan dalam menggunakan inovasi tersebut bagi mengawal penularan penyakit bawaan Aedes demi kesejahteraan bersama.
Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat dan sahih mengenai nyamuk Aedes berWolbachia sebelum menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
