mcmc
Maklumat Setempat

DUA TEMPAT MAKAN SEDAP WESTERN FOOD DI LIPIS

  1. KAYU KAYAN GRILLS

Andakah anda pernah merasa masakan di restoran Kayu Kayan Grills sebelum ini? Jika belum, anda bolehlah merancang bersama keluarga untuk merasai masakan di sini pula. Selain Western food, Restoran ini juga terkenal dengan menu masakan tempatan. Terdapat pelbagai hidangan menarik selera disediakan disini, Anda mungkin akan mencuba semuanya kerana menu nampak sangat menyelerakan.

Restoran ini sememangnya berkonsepkan santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih menu mengikut kesesuaian selera anda terutamanya bagi peminat western food. Harga yang berpatutan sesuai dengan menu makanan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

KAYU KAYAN

Alamatnya : 

Kampung Kuala Telang, 

27200 Kuala Lipis, 

Pahang

atau boleh cari google maps – Kayu Kayan Grills Western Food.

atau  FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Kayu-Kayan-Grills-Western-Food-Dboommm/956415384386167

  1. BERKAT ISZAI

Bagi yang ingin merasai kesedapan masakan western, anda boleh juga mencuba makanan di Restoran Berkat Iszai ini. Ramai review daripada pelanggan sememangnya padu, harga pula macam tidak percaya murah tetapi kualaiti makanannya sedap. Di sini mereka juga menyajikan masakan tempatan selain masakan western. Lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai bersetuju katanya, pekerja Berkat Iszai sangat peramah dan mesra, anda pasti tidak merasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, aneka makanan berkuah dan goreng pun ada. 

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Berkat Iszai ni. Bak kata orang memang padu! 

BERKAT

Alamat: 

29-1 Lorong BBKL 2/2/1 

Bandar Baru Kuala Lipis, 

27200 Kuala Lipis, Pahang

atau boleh guna waze taip jer nama Berkat Iszai 

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Restoran-Berkat-Iszai/100247807009595