DATARAN SEJARAH KUALA LIPIS

Merupakan sebuah lokasi yang dijadikan sebagai ruangan informasi mengenai bangunan-bangunan bersejarah yang ada di sekitar bandar Kuala Lipis. Antaranya bangunan Masjid Negeri, Rumah Rehat Bukit Bius, Tokong Thean Hou, Istana Hinggap, Pahang Club, Malay Hostel, Pejabat Pos, Sekolah Menengah Clifford, Gudhiwara Sikh, Stesen Keretapi, Asrama Jururawat, Pejabat Pentabdiran Majlis Daerah Lipis dan Kediaman Pegawai Daerah. Tujuan Dataran Sejarah Kuala Lipis selain memberi informasi bangunan bersejarah ianya juga menjadi tarikan pelancong dalam negara dan luar negara.