BELAJAR TENDANGAN MUAY THAI UNTUK BEGINNER

Galeri Video | July 25, 2026

Nak belajar Muay Thai? Mulakan dengan teep atau tendangan hadapan, iaitu antara teknik asas yang paling penting untuk setiap beginner.

Dalam episod ini, anda akan belajar cara melakukan tendangan teep dengan teknik yang betul, bagaimana mengawal jarak dengan lawan, serta kesilapan yang sering dilakukan oleh pemula. Latihan ini sesuai dipraktikkan di rumah dan membantu membina keseimbangan, koordinasi, serta keyakinan dalam pergerakan.

🥊 Teruskan mengikuti Siri Asas Muay Thai untuk mempelajari teknik demi teknik secara berperingkat.