Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.

Pada peringkat awal kanser, ia berlaku di sekitar serviks iaitu bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Kemudian,
pada peringkat lewat pula, kanser merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain (malignan).

Ujian saringan kanser serviks iaitu Calitan Pap dan Ujian HPV boleh dilakukan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara PERCUMA .