
Tetapi, seperti hujan yang datang sekejap lalu reda, vertigo juga bersifat sementara. Kalau tiba-tiba alami vertigo, cuba kaedah ini untuk atasinya dengan tenang:
1. Tarik nafas perlahan, duduk atau baring sehingga rasa stabil semula.
2. Fokuskan pandangan anda pada satu titik tetap supaya badan cepat tenang.
3. Minum sedikit air kosong agar badan kekal terhidrat.
4. Elakkan gerakan kepala secara mendadak bagi mengurangkan rasa berpusing.
5. Ambil masa untuk berehat sebentar sebelum kembali aktif.
Namun, jika keadaan tidak pulih atau vertigo kerap berulang sehingga menjejaskan aktiviti harian, jangan berlengah lagi. Itu tandanya anda perlu segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Jangan risau kalau hari ini anda diuji dengan dunia yang berpusing-pusing. Percayalah, selepas keadaan tenang, anda akan nampak pelangi yang lebih cantik di hadapan.
Anda berhak menikmati hidup dengan tenang dan stabil.
Kredit
Poliklinik MyNur