Program gotong-royong membuat bubur lambuk yang diadakan di Masjid Tempoyang ini diadakan di atas inisiatif tanggung jawab sosial korporat menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Bersama KPLB dengan kerjasama Masjid Sayidina Ali Bin Abi Talib, JPKK Kampung Tempoyang dan Parlimen Lipis.
Gotong—royong menyediakan 4,000 bekas bubur lambuk yang dimasak secara rewang oleh Ahli Jawatankuasa Masjid serta sukarelawan daripada KPLB dan Harian Metro untuk diedarkan kepada penduduk setempat bagi mengimarahkan lagi sambutan Bulan Ramadhan tahun ini.

