mcmc
Sejarah

HOSPITAL KUALA LIPIS

201115 208 R2 161215

Hospital Kuala Lipis merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di PahangMalaysia.

Hospital Kuala Lipis merupakan hospital yang memberi perkhidmatan pada hampir 400,000 penduduk di kawasan Pahang Barat.

Ia termasuk penduduk sekitar daerah Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands yang ingin mendapatkan rawatan.

Selain itu, Hospital Kuala Lipis turut dilengkapi dengan per­khidmatan kemudahan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan)

yang bernilai RM3 juta yang memberi manfaat besar kepada pesakit yang datang menerima rawatan.

Ramai pengkaji sejarah bersetuju mengatakan Lipis merupakan daerah pertama di Pahang dengan Kuala Lipis menjadi ibu negeri pertama antara tahun 1898 hingga 1955

sebelum pusat pentadbiran kerajaan negeri berpindah ke Kuantan hingga kini. Ianya  terbina di pertemuan Sungai Jelai dan Sungai Lipis.

Sejajar dengan statusnya sebagai ibu negeri, di Kuala Lipis juga merupakan tempat Kesultanan Pahang bersemayam sebelum berpindah ke Pekan selain menjadi

ibu pejabat Residen British iaitu SirHugh Clifford ketika era penjajahan British.