Pada tahun 1918 sawah telah dibuka dan timah yang berasal daripada Terengganu digunakan untuk menyimpan ikan yang diperolehi daripada sawah dipanggil tempayan.
Menurut kata ajuk orang-orang Terengganu tempayan dipanggil tempayang manakala ikan dipanggil ikang. Lama kelamaan kantungan timah dipanggil tempoyang.
Nama tersebut telah kekal sehingga kini manakala tempayan yang dianggap tempoyang telah dibawa balik ke Terengganu semasa Jepun menduduki Tanah Melayu
dan sawahnya telah dijual kepada Encik Ismail Bin Itam (seorang bomoh ) pada tahun 1942.
MAKLUMAT LOKASI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) KG.TEMPOYANG
PEDi Kg Tempoyang ini terletak di tepi jalan utama antara Kuala Lipis ke Kelantan dan berada di tengah-tengah kampung dimana lokasinya strategik dan mudah dicari.
PEDi Kg Tempoyang terletak berhadapan Masjid Saidina Ali Kg Tempoyang, berdekatan dengan Balai Raya,Dewan Orang Ramai dan Tabika Kemas Kg Tempoyang.
Koordinat PIM Kg Tempoyang : 4.170585 ,101.027018 E

MAKLUMAT DEMOGRAFI PEDi KG.TEMPOYANG

