mcmc
Maklumat Am

INFO KESIHATAN : DERMA DARAH SELEPAS VAKSIN

d

TANGGUH DERMA DARAH 7 HARI SELEPAS PENGAMBILAN VAKSIN COVID – 19

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Noryati Abu Amin berkata, perkara itu diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Garis Panduan Pencegahan dan Kawalan Semasa Aktiviti Pendermaan Darah bagi Mengekang Penularan Jangkitan Penyakit Berjangkit COVID-19 – Annex 49.

“Garis panduan ini menetapkan tempoh penangguhan sementara bagi aktiviti pendermaan darah untuk individu selepas pengambilan vaksin COVID-19 dan selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Tempoh penangguhan ini adalah berdasarkan prinsip berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan penderma dan pesakit yang menerima darah,”

 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/863462/tangguh-derma-darah-7-hari-selepas-vaksin