

Masjid ini dibina pada tahun 1987 bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk menunaikan ibadah.
Masjid ini terletak kira-kira 4km dari pusat bandar Kuala Lipis manakala keluasan dewan solatnya mampu menampung seramai 500 orang jemaah dalam satu masa.
Sepuluh tahun selepas dibina iaitu pada tahun 1997,masjid ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang.
Lokasinya yang terletak diatas bukit dan berhampiran dengan jalan utama dari bandar Kuala Lipis menuju ke Kelantan menjadikannya satu satu tempat persinggahan para musafir yang ingin bersolat dan berehat.
Sumber : http://judin-perjalananhidup.blogspot.com/2011/03/sejarah-masjid-kampung-tempoyang.html