Soalan Lazim

Soalan Lazim | November 3, 2016

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tempoyang 

1. Apa itu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)?

  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya untuk komuniti di kawasan luar bandar, kawasan kurang mendapat liputan perkhidmatan serta golongan berpendapatan rendah.
  • Pada tahun 2024, NADI telah dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menandakan fasa baharu peranannya yang lebih menyeluruh. Melalui aspirasi 1 DUN 1 NADI dan rangkaian NADI di seluruh negara, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.

2. Apakah Objektif utama NADI?

  • Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif.

    NADI memperkasa komuniti melalui asimilasi teknologi dalam kehidupan seharian komuniti.
  • Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi.

    NADI memupuk nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri serta memberi impak positif kepada kesepaduan komuniti.
  • Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI.

    NADI menjadi pusat tumpuan mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.

3. Apakah program yang disediakan di NADI?

Keusahawanan

Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar yang disediakan.

  • NADIpreneur
  • NADIEmpowHER
  • NADIKidventure
  • Nurture EKELAS Usahawan

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran.

  • NADI TINYTECHIES
  • NURTURE EKELAS Pelajar
  • NADI E-Sukan
  • NADI Tuisyen Rakyat
  • NADI Cybersecurity
  • NADI Mahir (Jahit, Masak, Baiki gajet, Foto/Video, Pertanian pintar, Literasi ICT)
  • NADI AI Programme

Kesejahteraan Kendiri

Merapatkan jurang pengetahuan berkenaan eKesihatan dan kesejahteraan kendiri.

  • FlourisHER
  • MENWELL
  • NADICARE
  • Advance Healthcare Device (Airdoc)*

*Di NADI terpilih

Kesedaran

Mengawal selia kendiri serta menyedari batasan penggunaan Internet dan media sosial.

  • Kempen Internet Selamat

Inisiatif Kerajaan

Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan yang terkini dengan tepat.

  • BUDI Madani
  • Sejati Madani
  • AI Untuk Rakyat
  • MYFuture Jobs
  • Manfaat MADANI
  • Cashless Society
  • MyDigital ID
  • Aplikasi PriceCatcher
  • Sejahtera Madani
  • Kempen Elektrik Selamat
  • Lain-lain inisiatif kerajaan

4. Berapa jumlah NADI di Malaysia?

Terdapat 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Malaysia.
Anda boleh mencari NADI berdekatan anda di portal rasmi nadi.my

5. Bagaimana untuk menghubungi NADI?
Anda boleh hadir ke NADI berhampiran atau menghubungi petugas NADI melalui nombor telefon dan media sosial rasmi NADI kawasan anda.