mcmc
Sejarah

Asrama Jururawat Kuala Lipis

 
dsc 2031 dsc 2032
 
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1926. Sejak awal pembinaannya, asrama ini telah dijadikan sebagai tempat tinggal untuk para jururawat dan jururawat pelatih yang bertugas di hospital kuala lipis. Struktur asalnya tidak mempunyai pagar dan kawasan sekeliling bangunan ini adalah kawasan lapang. Kedudukannnya yang berhampiran dengan bangunan kelab pahang ( Pahang club ) serta fungsinya sebagai kediaman jururawat menjadikan bangunan ini menjadi tumpuan ramai, khususnya bagi golongan lelaki.
 
Pada zaman penjajahan Jepun, bangunan ini tidak diganggu oleh pihak askar jepun kerana fungsi bangunan ini sebagai sebahagian kompenan Hospital Lipis. Asrama ini telah di ubahsuai dan naik taraf sehinggalah kepada bentuk yang ada kini.