mcmc
Sejarah

JALAN TOK KAYA SENTUL

Jalan Tok Kaya Sentul.

Jalan berhampiran Sek. Keb. Wan Ibrahim dan Sek. Men. Orang Kaya Haji. Di jalan ini juga terletaknya Bukit Kerani (Clerk Settlement)atau Kawasan Perumahan Kakitangan Kerajaan.

Pada tahun 1970an dahulu, atau mungkin sekitar 1960an, kawasan ini memang menjadi pilihan utama pegawai-pegawai kerajaan untuk menetap.

Sekarang pilihan penempatan semakin banyak seperti taman-taman perumahan atau kuarters kerajaan dan membuatkan Bukit Kerani ini agak sunyi.

Disini juga terdapatnya sebuah gereja kecil iaitu Chapel of St. Francis Xavier (yang dibina pada penghujung tahun 1953).

Nama asal jalan ini ialah WORTHINGTON ROAD dan kemudian pada tahun 1980an ia ditukar kepada nama seperti sekarang ini.

Mungkin Worthington ini merujuk kepada Pemangku British Resident di Pahang, Arthur Furley Worthington, yang bertugas pada tahun 1920an dahulu.

Tok Kaya Sentul pula ialah salah seorang elit tradisional Ulu Pahang dan merupakan Orang Kaya Lipis yang Ke-13.

310123358 5467092493338633 5195575692810059524 n