KKM ingin mengingatkan agar anda membersihkan kawasan persekitaran rumah anda sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Persekitaran rumah yang bersih dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.
Apabila pulang dari kampung, adalah digalakkan untuk menyembur aerosol di dalam rumah terlebih dahulu.
Tiada Aedes, tiada Denggi.